Dalam episod Silang Zaman minggu ini, saya melawat sebuah perusahaan pembuatan busur secara "Custom" menggunakan material seperti carbon fibre dan juga kayu. Terletak di Klang, saya dapat melihat kawasan produksi mereka dan proses pembuatan busur dari mula.
Nabi Muhamaad SAW ada menyebut tentang aktiviti memanah ini :-
Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:
عَلِّمُوا أَبْنَاءَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ
Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir (5477)]
Aktiviti memanah ini, ada lah aktiviti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai operkara yang bagus untuk diajar kepada anak. Maka dengan itu, kami sarankan kepada penonton supaya mencuba aktiviti ini dan alami sendiri kebaikan sukan tersebut.
📍ILHAM ARCHERY
No 16, Jalan Gamelan 1/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
☎️ 019-237 0529
Facebook » Ilham Sports & Leisure
Waktu Operasi » Isnin - Jumaat 10 AM - 5 PM
Sabtu - Ahad - TUTUP